Iklan Billboard 970x250

Silahkan Baca Lirik lagu Ayah: Azmi & Edry

Silahkan Baca Lirik lagu Ayah: Azmi & Edry


Edry KRU muncul dengan lagu baru, kali ini bersama dengan penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat. Lirik lagu yang sangat menyentuh hati, terutama buat mereka yang telah ketiadaan ayah. Moga semua ayah sentiasa sihat. Teruskan menghargai. Dan sama-sama kita doakan untuk semua ayah yang telah pergi, supaya dirahmati dan dipermudahkan urusan di alam sana. Insya-Allah. Terima kasih, ayah.



Lirik lagu Ayah: Edry & Azmi

Ayah
Namamu dalam hembusan
Setiap tadahan doa
Kumemohon kau dirahmati-Nya
Diiringi al-Fatihah

Ayah
Sejak kau pulang kembali
Mataku tak pernah kering
Dalam mimpi sering kaumenjelma
Rasa rindu tak terhingga

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah
Pergimu bagai menebuk
Kelohongan dalam hidup
Akan kubekal kasih yang ada
Untuk dakapan di sana

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah.....

*****

Ciptaan sepenuhnya: Edry Abdul Halim



Sumber http://arnamee.blogspot.com
Baca Juga
SHARE
Subscribe to get free updates

Related Posts

Post a Comment

Iklan Tengah Post