Iklan Billboard 970x250

Silahkan Baca Ucapan raya untuk sahabat

Silahkan Baca Ucapan raya untuk sahabat



Alhamdulillah. Raya datang lagi! Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada hebat keluarga saya, semua saudara-mara yang mengenali dan tidak lupa buat sahabat-sahabat yang sudi di sisi selama ini. Juga buat yang sudi membaca blog aku ini. Berhati-hati dan jaga hati.

Ucapan raya untuk sobat yang selalu di sisi;

Raya tiba lagi. Saya ingin memohon maaf bila pernah mengguris hati. Terima kasih kerana bertahan setiap inci. Moga di hari raya ini, kita semua diberkati.

Buat sahabat jauh, walaupun mungkin jarak memisahkan kita namun kasih sayang tidak pernah berjarak. Dalam ingatan, kau tidak pernah kulupa. Moga terus baik-baik saja-saja. Berjodoh, nanti kita jumpa. Insya-Allah.

Buat sahabat yang diduga, kuatlah kerana kau terpilih dan sangat disayang Dia Yang Maha Kuasa. Bertahanlah wahai sobat yang sabar jiwanya. Ada ganjaran dalam setiap dugaan. Moga sentiasa dipeluk sabar dan dipermudahkan semua urusan.

Buat yang baru dikenali, moga nanti kita makin rapat dan berukhwah kerana Ilahi.

Buat semua, terima kasih dari hati. Di hari raya ini, ke manapun mohon hati-hati. Dan jaga diri.

Salam aidilfitri,
Anem Arnamee.


Nah, lagu untuk sobat semua: Hari Ini Hari Raya: Siti Nordiana & Syura





Sumber http://arnamee.blogspot.com
Baca Juga
SHARE
Subscribe to get free updates

Related Posts

Post a Comment

Iklan Tengah Post